BAHAN-BAHAN
Secawan santan
sebiji durian yang di ambil buahnya
2 keping gula melaka
2 helai daun pandan yang diikat
2 sudu besar sagu
gula secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit air nk cairkan gula melaka
CARA MEMBUAT
1. Cairkan gula melaka dengan air. Lebih kurang secawan air.
2. Masukkan gula pasir. lebih kurang 5 sudu. bergantung kepada besar durian. klu isinya banyak, letak 5 sudu gula pasir.
3. Tapiskan gula merah bersama gula pasir bagi membuang habuk2 kasar.
4. Jerangkan semula gula merah yang ditapis tadi bersama gula pasir.
5. Masukkan santan bersama sagu dan kacau. Secubit garam.
6. last skali masukkan durian yang di buang bijinya. Tapi klu x buang biji pun ok gak. tapi hati2 bila makan tu. jangn tercekik biji durian dah la. hihi
aku sgt rindu pengattttttt
ReplyDeletehahaha.. kamu rindu yer.. nati kita masak sama2 k
ReplyDeleteno no,,kamu masak..saya mahu mkn sahaja..haha
ReplyDelete