Monday, July 27, 2009

Minum petang..

MINUM PETANG
HMM.. diz food is mee bandung versi 'anies cooking'. Kepada kazen saya Nadiah, Silalah tengok resipi ni yer..hihi
BAHAN-BAHAN
Bahan A- Mi kuning
Bahan B- Bahan untuk kuah
  • segenggam cendawan
  • sedikit sayur hijau- sawi
  • Sedikit lobak merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu besar cili boh
  • 2 biji telur
  • fishball
  • 3 ekor sotong dipotong bulat
  • garam secukup rasa
  • cili api 5 biji (klu nk pedas)

Bahan C- penyedap rasa

limau nipis

cili padi

timun batang

daun sadri

CARA MEMBUAT

1. Mula-mula tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk hingga lumat.

2. Bila sedikit perang, masukkan 1 sudu cili boh dan goreng sekejap lebih kurang hingga naik bau. Pastu masukkan cili sos, sos tomato, sos tiram dan kacau.

3. Semasa semua sos ni tengah sebati, masukkan fishball, cendawan, dengan sotong. dan kacau lebih kurang 2 minit.

4. Masukkan 1 cawan air. Tutup dan tunggu sampai mendidih. Masa ni boleh masukkan garam secukup rasa.

5. Bila dah mendidih, masukkan karot merah, dan last skali baru sayur hijau-sawi.Pastu, masukkan 2 biji telur dan kacau supaya kuah nampak pekat.

Sekiranya kuah nampak x pekat, masukkan sedikit kanji.

6. Setelah selesai buat kuah untuk mi bandung ni, masukkan mi kuning yang telah di celur tadi bersama. Kacau dan ditabur daun sadri, timun batang, dan boleh juga diletakkan tomato.

*1 sudu besar kanji dikacau dahulu bersama secawan air dan kemudian dimasukkan kedalam kuah atas kuali.

*Bagi yang nak pedas boleh la tumbuk bawang putih ngan bawang merah bersama 3 biji cili api td.


1 comment: