Friday, July 31, 2009

Rindu nk wat biskut raya lagi...

Those cookies are made by us>> sibling (me, angah, & Ila)...
Hujung bulan ni dah nak masuk bulan ramadhan. Xsabar rasanya nk buat biskut raya banyak2. Klu x silap aku, raya tahun lepas aku wat 10 jenis biskut raya.. Tapi tahun ni x tahu lagi la. Selalunya kitorang wat lebih biskut raya nk kasi kat nenek kat kg. Bukan per, nati bila ramai tetamu yang datang umah nenek, x ada makanan lak nak dihidang. Mama pun x berkira sangat soal duit bila nak wat biskut raya, tapi kata mama pastikan segala bahan2 wat biskut ni habis. Jangan tinggal sket2. membazir jer. hmm..
Bila kat kg, time raya, kami bertukar resipi biskut raya antara sepupu. Time tu masing2 sibok dok mengetest biskut raya. Antara biskut yang selalu kitorang buat ialah:
biskut Arab
biskut sarang semut
biskut mama london
biskut kacang
biskut tart nenas
biskut marmar
biskut kastard
biskut ais krim
biskut gajus
biskut cornflakes
Aku ni suka klu bab2 mencorakkan biskut ni, biar la sakit belakang pun tapi bila lihat semua jenis biskut yang saya buat ni, berbaloi la. rasa satisfy sangat2..huhu.. K la, nati akan datang saya upload resipi biskut ni k.

Thursday, July 30, 2009

Pengat Durian..

Hmm.. Pnah x makan pengat durian? klu orang kelantan, durian dimakan bersama santan dan diletakkan gula beserta garam sedikit. Lepas tu makan la ngan pulut. Bebaru ni, ada la lepak2 depan libri.. pastu terbaula satu makanan yang ditinggalkan depan libri yang dah nk 'kededek' org Kelate ckp., pastu, si member ni Ina gtau la aku yang makanan ni ialah Durian yang dibuat pengat. Orang luar biasanya mkan pengat ngan roti.. hmm.. mcm tu lak cara dia makan.. Lepas tu, aku balik umah dan mencuba la resipi yang telah diberi oleh si Ina ini. Ok la.. Cara buat x susah sangat..

BAHAN-BAHAN
Secawan santan
sebiji durian yang di ambil buahnya
2 keping gula melaka
2 helai daun pandan yang diikat
2 sudu besar sagu
gula secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit air nk cairkan gula melaka
CARA MEMBUAT
1. Cairkan gula melaka dengan air. Lebih kurang secawan air.
2. Masukkan gula pasir. lebih kurang 5 sudu. bergantung kepada besar durian. klu isinya banyak, letak 5 sudu gula pasir.
3. Tapiskan gula merah bersama gula pasir bagi membuang habuk2 kasar.
4. Jerangkan semula gula merah yang ditapis tadi bersama gula pasir.
5. Masukkan santan bersama sagu dan kacau. Secubit garam.
6. last skali masukkan durian yang di buang bijinya. Tapi klu x buang biji pun ok gak. tapi hati2 bila makan tu. jangn tercekik biji durian dah la. hihi

Tuesday, July 28, 2009

Malay's food VS Thai's Food

I love Thai's Food. Although i am a Malay girl, but if i has a chance, i want to learn to cook Thai's Food with a Siamese girl.


dis is my yougest brother..hihi

Looks like an Arabian Isn't it?
Klu nk tau, si syamil ni tukang test aku puyer masakan. nati dia ckp la masakan aku dapat A ke B ke or C.. klu C tu teruk la kott.. bagi selera budak2..hehe.. tapi adik aku ni makan jer apa yang aku masak.. dia cakap sedap..hehe.. tapi dia x makan lada. Selalunya dia bagi gred B++ la. tq camil si budak busyuk

Biskut Mama London


Kat tepi umah pun boleh dapat cendawan segar

Yummy..hihi.. i can't wait to cook these mushroom or in kelantese said } kulat


Zoom in.. I like diz pic

Look at those mushroom.. They were so fresh isn't it?

Kamu semua penah tengok x candawan ni? mesti pnah tengok kan? HMM.. best sangat makan cendawan ni.. Rasanya macam makan isi ketam..hihi..gurau jer. Klu kat kelantan sayur ni dipanggil kulat., Memang pelik kan? Aritu aku ada gak cakap ngan member2 kat maktab pasal nama kulat ni, Som of them terkejut, naper sayur ni dipanggil kulat? Itu aku pun xtau.. May be family aku jer kot yang paqnggil kulat. Tapi bila aku tanya IKA, member satu negeri ngan aku, dia pun panggil benda ni kulat gak. What eva, sayur ni best masak kunyit.
RESIPI CENDAWAN GORENG KUNYIT
BAHAN-BAHAN
Cendawan- suker hati la nak berapa banyak tapi dalam resipi ni saya wat untuk 5 genggam cendawan
1 sudu besar serbuk kunyit
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 lada merah-wat hiasan
1/4 cawan air
garam secukup rasa

CARA MEMBUAT

1. Panaskan minyak masak lebih kurang 3 sudu besar

2. Masukkan bawang putih dan goreng. Jangan tunggu garing. goreng skejap jer pastu masukkan cendawan. Goreng sampai layu. Biar keluar air.

3. Masa cendawan ni kua air, masukkan serbuk kunyit, garam dan lada merah yang di potong.

4. Sebagai hiasan, masukkan 1/2 bawang besar yang di potong tebal.


Monday, July 27, 2009

Lauk pauk untuk tengah hari

These are for the lunch time.
Bila cuti panjang, baru dapat masak best2. Yela, time cuti dok umah jer. xtau nk watper, so, kita masak jela. Antara lauk yang kiter masak tu ialah ayam masak mayonis, daging masak cili api, sayur campur goreng kunyit dan my feveret one is kerabu sotong. Punyer la lama nk siap. kiter masak sorang2 jer. Mama tugas dia mengetest jer. Klu x sedap dia ckp la kena tambah per, tapi klu x komplen tu maknanya ok la. hihi

Ayam Masak Mayonis

Try diz one, may it will give u a marvellous taste.hihi
BAHAN-BAHAN
1/2 ekor Ayam (dipotong kecil la)
1 bawang besar-dimayang
5 bawang putih-dimayang
Halia sebesar ibu jari-dimayang
5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos cili
2sudu serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada itam
cendawan kering (sker atila nk masuk bnyak mana)
3/4 cawan air
minyak masak secukup utk gorng ayam pastu nk menumis sket
CARA NAK BUAT
1. Ayam ni perlu digaul ngan serbuk kunyit dan 1 sudu kecil garam. Panaskan minyak dan goreng biar separuh masak. Angkat ayam ni dan asingkan dari kuali.
2. Dalam kuali yang sama, buang sket minyak yang digoreng ayam tadi dan masukkan cili kisar. Tumis sampai garing, org kata pecah minyak.
3. Masukkan bahan yang dimayang sampai naik aroma. Kacau k. jangan sampai hangus lak.
4. Pastu, masukkan air, cendawan, garam dan gula secukup rasa. Kacau sampai mendidih.
5. Last skali, baru masukkan ayam yang digoreng tadi bersama 2 sudu mayonis.
6. Nak lagi sedap, tambah la daun sadri/ ketumbar.
>>>>Try ar

Sayur Goreng Kunyit

This meal is so simple to cook. Juz about 10 min to prepare.

BAHAN-BAHAN
Seikat Kacang panjang
1/2 carrot merah
1sudu kecil serbuk kunyit
lada merah
sedikit air
garam secukup rasa
2ulas bawang putih-ditumbuk
3 ulang bawang merah-ditumbuk
halia sket

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak
2. Masukkan bawang putih dan merah yang ditumbuk (tidak terlalu hancur)
3. masukkan karot merah dan kacang panjang yang dipotong comel.
4. Masukkan air sket, kunyit serbuk dan garam. Kacau hingga sebati.
5. Last skali hiaskan ngan lada klu xnk pedas. but bg yang nk pedas, goreng bersama dengan sayur.

Daging Masak Lemak Cili API

Xla pedas sangat.. masakan ni memang kena berhati2 bila nk letak santan. nanti jadi pelik.hihi
BAHAN-BAHAN
BAHAN YANG DIBLENDER
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 cm kunyit hidup
1cm halia
1 genggam cili api
BAHAN LAIN
1 Ekor ayam yang dipotong 16
3sudu minyak masak
11/2 Cawan air
1 cawan santan
garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak dalam periuk yang besar
2. masukkan bahan yang diblender sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan kacau. Tutup periuk sehingga air ayam tu kua dan kering. Ini menandakan ayam dah empuk bila kaler putih.
4. Bila air ayam tu kering, masukkan santan, sedikit air, garam secukup rasa.
Klu nk pekat, masukkan sedikit air, tapi klu nk yang cair letak la air melebihi sukatan santan tu.


Kerabu Sotong

Bagi yang xnakan makanan lauk, jangan cuba!!hihi

BAHAN-BAHAN

Bahan yang dimayang
20 cili padi
2 batang serai
5biji bawang mreah
stong 5 ekor di rebus dan dihiris bulat
Bahan yang dijadikan sosnya
2sudu garam kasar
1 biji limau nipis diambil jusnyer
1 sudu gula
1/2 sudu kecil cuka
asam jawa ditapis bijinya.
CARA MEMBUAT
1. Kacau sumua bahan untuk wat sebagai air asam
2. Masukkan bahan-bahan yang dimayang
3. Masukkan sotong yang dipotong bulat selepas direbus.
4. Gaul semua bahan in hingga rata.

Puding coklat

Klu family kiter panggil makanan ni puding coklat

BAHAN-BAHAN

1 tin susu sejat/ cair

1 sudu serbuk coklat

serbuk agar

1 cawan gula

3 cawan air

CARA MEMBUAT

1.Mula-mula masak air hingga mendidih

2. Masukkan serbuk agar-agar dan kacau

3. Masukkan satu tin susu sejat/cair bersama satu cawan gula

4. Seterusnya, bahagi dua bahagian iaitu bahagian A dan B

5. Bahagian A dicampur dengan serbuk coklat dan kacau. Manakala bahagian B pula tidak dicampur dengan apa-apa.Sekiranya minat kaler kuning, masukkan kastad 1 sudu.

6. Sekarang tibala masanya untuk kita selang selikan adunan A dan B.

7. Masukkan 2 senduk adunan A dahulu dan tunggu selama 5 min. Kemudian masukkan 5 senduk adunan B, dan seterusnya diulang kembali secara berselang seli.

8. Kemudian, letakkan dalam peti sejuk.


Minum petang..

MINUM PETANG
HMM.. diz food is mee bandung versi 'anies cooking'. Kepada kazen saya Nadiah, Silalah tengok resipi ni yer..hihi
BAHAN-BAHAN
Bahan A- Mi kuning
Bahan B- Bahan untuk kuah
  • segenggam cendawan
  • sedikit sayur hijau- sawi
  • Sedikit lobak merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu besar cili boh
  • 2 biji telur
  • fishball
  • 3 ekor sotong dipotong bulat
  • garam secukup rasa
  • cili api 5 biji (klu nk pedas)

Bahan C- penyedap rasa

limau nipis

cili padi

timun batang

daun sadri

CARA MEMBUAT

1. Mula-mula tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk hingga lumat.

2. Bila sedikit perang, masukkan 1 sudu cili boh dan goreng sekejap lebih kurang hingga naik bau. Pastu masukkan cili sos, sos tomato, sos tiram dan kacau.

3. Semasa semua sos ni tengah sebati, masukkan fishball, cendawan, dengan sotong. dan kacau lebih kurang 2 minit.

4. Masukkan 1 cawan air. Tutup dan tunggu sampai mendidih. Masa ni boleh masukkan garam secukup rasa.

5. Bila dah mendidih, masukkan karot merah, dan last skali baru sayur hijau-sawi.Pastu, masukkan 2 biji telur dan kacau supaya kuah nampak pekat.

Sekiranya kuah nampak x pekat, masukkan sedikit kanji.

6. Setelah selesai buat kuah untuk mi bandung ni, masukkan mi kuning yang telah di celur tadi bersama. Kacau dan ditabur daun sadri, timun batang, dan boleh juga diletakkan tomato.

*1 sudu besar kanji dikacau dahulu bersama secawan air dan kemudian dimasukkan kedalam kuah atas kuali.

*Bagi yang nak pedas boleh la tumbuk bawang putih ngan bawang merah bersama 3 biji cili api td.


Lunch Time..


Nasi Ayam Mama


Tuesday, July 7, 2009

terima kasih su...


ukhuwah fillah abadan abada....
Su, tq la coz rajin bebenor nk wat blog ni kat aku. walaupun guna budak junior punyer laptp.xmalu btol. hehehe.. si ijat lak sebok jer nk ganggu ko wat blog utk aku ni.hihi.. anyway, dalam bilik ida junior tu, menjadi kenangan kepada ku. 1st time wat blog. psssst.. Su, apsal ko ni rajin nk wat blog kat aku eh? xder kejer ker?tq su. DAN TAK LUPA GAK KEPADA SAUDARI ZARINA SBB tunjukkan aku cara macammana nk make up blog ni kasi cun. hihi.. Korang sumer memang best la.

Apa kena mengena gambar buah mangga ni atau dikenali sbg buah pauh? sajer aku letak sbb aku memang sker makan buah ni. Cicah ngn colek,, uh,,.. menjejeh air liur aku kuar,..huhu..